Spatial Characteristics of Rural Malaysia System (S-CHARMs)
- Jumlah paparan: 4186
KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN S-CHARMs
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) membangunkan Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia /Spatial Characteristics of Rural Malaysia System (S-CHARMs) iaitu satu sistem pangkalan data dan analisis spatial maklumat geografi (GIS) desa yang komprehensif. Sistem ini dibangunkan untuk memaparkan dan menganalisis maklumat spatial kampung dan kemudahan awam kampung secara web-based dan aplikasi mudah alih yang lebih interaktif serta mesra pengguna.
Keperluan utama sistem ini adalah untuk membantu dalam membuat keputusan perancangan dan pembangunan desa yang lengkap terutamanya berkaitan perancangan serta pembangunan desa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Asas utama S-CHARMs dibangunkan adalah berdasarkan kepada Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara 2030 (DPF Desa Negara 2030) di mana dasar ini telah menetapkan keperluan untuk pelaksanaan S-CHARMs dalam tadbir urus desa.