Perlembagaan KSK

UNDANG-UNDANG BAGI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

JABATAN PERANCANGAN  BANDAR DAN DESA

NEGERI  KELANTAN.

 

1.         NAMA:

Nama Pertubuhan ini ialah :-

“ KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KELANTAN “ dan selepas ini disebut “KELAB” sahaja.

2.         ALAMAT BERDAFTAR DAN ALAMAT SURAT MENYURAT

 Alamat Berdaftar dan Alamat Surat Menyurat,mesyuarat kelab ini :-

Jabatan Perancang Bandar dan Desa,

Blok 4,Tingkat Bawah,

Kota Darulnaim,

15646 Kota Bharu,

Kelantan.

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh jawatankuasa. Alamat berdaftar dan alamat surat menyurat kelab ini tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3.         DIFINASI

Dalam undang-undang ini :- 

3.1.   KELAB

 Kelab ini ialah KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KELANTAN. 

3.2.   JAWATANKUASA KERJA

 Jawatankuasa kerja ialah ahli-ahli di lantik mengikut undang-undang 10 dalam undang-undang dan perlembagaan.

3.3.   PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

Pegawai yang bertanggungjawab ialah Yang Di Pertua,Naib Yang Dipertua Setiausaha dan Bendahari.

3.4.   AHLI

Ahli ialah semua kelab ini.

4.         OBJEKTIF

Objektif Kelab ini ialah :-

4.1   Untuk memupuk perasaan harmoni,muhibbah,persefahaman dan tali persahabatan di kalangan semua ahli menenusi kegiatan-kegiatan Sukan,Kebajikan dan Rekreasi.

4.2 Untuk mengelolakan pelbagai pertandingan Sukan samada di peringkat  kebangsaan,di antara Jabatan-Jabatan mahu pun di antara ahli dalam kelab itu sendiri.

4.3  Untuk menyertai pertandingan dan Kegiatan sukan di bawah kelolaan lain-lian jabatan atau pun agensi.

4.4   Untuk mengelolakan kegiatan-kegiatan sosial,riadah dan rekreasi samada didalam atau diluar Negeri Kelantan.

4.5   Kelab boleh memiliki harta tetap dan tidak tetap serta menjalan perniagaan untuk menjalankan objektif kelab.

4.6     Semua wang dan keutungan yang didapati oleh kelab ini hasil dari penyertaanya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan,memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab ini,dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keutungan itu akan  digunakan untuk membayar faedah keuntungan  itu atau bonus kepada sebarang ahli kelab.Sungguhpun begitu,peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan begitu baik,untuk menbayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab ini.

5.         KEAHLIAN

5.1     Ahli-ahli biasa kelab ini adalah terdiri dari semua kakitangan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Kelantan samada yang bekerja tetap dan yang bekerja sementara.

5.2    Ahli Bersekutu

Ahli bersekutu kelab ini adalah terbuka yang bekerja dalam Jabatan Kerajaan di Kota Bharu,Kelantan.Ahli bersekutu berhak menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kelab kecuali hak mengundidan memegang jawatan dalam Kelab.

6.         BAYARAN MASUK,YURAN-YURAN DAN BAYARAN LAIN

6.1    Bayaran masuk dan yuran yang perlu adalah seperti berikut:-

  a)   Ahli Biasa              RM3.00

  b)   Ahli Bersekutu      RM3.00

6.2  Yuran-yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu dalam masa 10 hari dari awal tiap-tiap bulan.

6.3   Ahli yang membiarkan hutang yuranya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh wakil Setiausaha dah hilanglah hak-hak istimewanya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

6.4   Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli pertubuhan,Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan dengan hutangnya terlebih dahlu.

6.5     Jawatankuasa menpunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahlianya terlucut disebabkan hutang.

6.6   Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli2.Sekiranya ada ahli yang mungkin membayar wang yuran tersebut dalam masa yang ditetapkan,maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

7.         KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 

7.1   Ahli-ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab hendaklah member kenyataan bertulis kepada Setiausaha Kehormat selewat-lewatnya 2 minggu terlebih dahulu dengan menyatakan sebab-sebab samada berhenti meletak jawatan bertukar ke pejabat lain dan membayar segala hutang-hutangnya.

7.2    Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab atau bertindak dalam cara yang akan mendatangkankeburukan kepada nama Kelab bolehlah dipecat atau digantungkan keahlianya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.Sebelum Jawatankuasa memecat atau mengantung ahli tersebut,ahli itu hendaklah diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau pengantungan secara bertulis.Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela dirinya.Pemecatan atau pengantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu,atas rayuan oleh ahli tersebut.

8.         MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

8.1  Pengolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.Sekurang-kurangnya  satu perdua daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli-ahli Jawatankuasa,ikut mana yang kurang hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan Mesyuarat dan mencukupi bilangan (korum) untuk mesyuarat.

8.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat ,maka Mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikah (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa ,dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat yang ditangguh itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan Mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.3  Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb. Mac pada tarikah,masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah:-

a)      Menerima Laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja Kelab di dalam tahun yang lalu.

b)      Menerima Laporan Bendahari dan penyata wang yang telah diaudit  bagi tahun yang lalu.

c)      Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan dating.

d)      Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

8.4   Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung .Suatu pengumuman awal kerana mesyuarat yang menerangkan tarikh,waktu dan tempat serta penerimaan cadangan yang hendak dibincangkan cadangan untuk meminda undang-undang Kelab dan pencalonan untuk pemilihan ahli jawatankuasa.Pengumuman mesyuarat  juga hendaklah dipamerkan di tempat yang jelas kelihatan di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat Kelab.

8.5   Pencalonan-pencalonan untuk pemilihan ahli Jawatankuasa dan cadagan-cadangan untuk dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut  hendaklah disampaikan kepada Setiausaha tidak lewat  dari 14 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat.

8.6   Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan,satu agenda (acara mesyuarat termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan ,cadangan-cadangan dan pencalonan-pencalonan untuk pemilihan ahli jawatankuasa berserta dengan penyata kira-kira Kelab bagi tahun lalu yang telah di audit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat Kelab.

9.         MESYUARAT AGUNG KHAS

9.1     Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh di adakan:-

a)  Bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa atau 

b)  Permintaan beramai-ramai dengan bertulis tidak kurang daripada 1/5 daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan  dan sebab-sebab mengadakanya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

9.2.  Mesyuarat agung khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu  tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 

9.3.   Pengumuman  dan agenda untuk Mesyuarat  Agung Khas itu hendaklah diedarkan  oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.

9.4.    Fasal 9.1 dan 9.2 di dalam undang2-undang 9 berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas,tetapi dengan syarat jika syarat jika korum  tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli,maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan ,dan dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan  ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9.5.    Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

10.       JAWATANKUASA

10.1     Satu Jawatankuasa yang dinamakan pegawai-pegawai Kelab hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan

                                    Seorang Yang Dipertua

                                    Seorang Naib Yang Dipertua

                                    Seorang Setiausaha

                                    Seorang Penolong Setiausaha

                                    Seorang Bendahari

                                    Tujuh orang Ahli Jawatankuasa

10.2     Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam Kelab ini hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia.

10.3     Nama-nama untuk jawatan-jawatan Fasal 10.1 di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

10.4     Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab dan mebuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusanmesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

10.5     Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam tiga bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada empat orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukukan korum mesyuarat.

10.6     Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa dengan surat pekeliling. Syarat-syarat yang berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima :-

a)        Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa.

b)        Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu; dan

c)        Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa kemudiannya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam  peringatan mesyuarat.

10.7     Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

10.8     Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

10.9     Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan Kelab dan melantik pengurus-pengurus dan kakitangan-kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung dan melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakkan Kelab.

10.10   Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil jika di fikirkan mustahak dan memberikan kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa.

11.       KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

11.1     Yang Dipertua, dalam masa menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

11.2     Naib yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaanya.

11.3     Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat-mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli.

Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 38 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirim penata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.

11.4     Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha

11.5     Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua akaun kewangan Kelab. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Kelab bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha.

11.6     Ahli-ahli Jawatankuasa biasa hendaklah hadir dalam semua mesyuarat Kelab dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Yang Dipertua dan Jawatankuasa Kelab dari masa ke semasa.

12.       KUASA DAN TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KERJA

12.1     Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk mengambil segala tindakan yang perlu untuk melaksanakan tujuan-tujuan kelab dengan sempurna.

12.2     Jawatankuasa Kerja adalah berkuasa melantik jawatankuasa kecil apabila di perlukan. Jawatankuasa Kecil itu adalah tertakluk kepada arahan dan kawalan Jawatan Kerja.

12.3     Jawatankuasa Kerja adalah berkuasa membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan Kelab.

13.       KEWANGAN

13.1     Di syaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi peraturan ini, wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan kelab termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah memeriksa kira-kira, tetapi  walau bagaimanapun tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

            13.2     Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM100.00 pada sesuatu masa, Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Kelab.

            13.3     Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha dan Bendahari. Kerana ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Kelab.

            3.4.    Perbelanjaan yang lebih daripada RM200.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan daripada RM1,000.00 bagi suatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM200.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.

            13.5     Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa Kira-kira yang dilantik mengikut Fasal 14, dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat mesyuarat bagi Kelab.

            13.6     Tahuanan kewangan kelab ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

14.       PEMERIKSA KIRA-KIRA

            14.1.    Dua orang yang bukannya Jawatankuasa Kerja boleh dilantik didalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

            14.2.    Pemeriksa-Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa Kira-Kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung. Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Yang Dipertua memeriksa kira-kira Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

15.       PENGAMANAH

15.1.    Tiga orang pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam mesyuarat agung dan mereka akan berkhidmat selama yang di kehendaki oleh Kelab. Kepada mereka akan diamanahkan semua harta tetap keupayaan Kelab dengan menandatangani suatu Surat Amanah ( Deed of Trust ).

15.2.    Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan milik harta keupayaan Kelab dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat.

15.3     Seorang pengamanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agong oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada dalam negeri atau kerana sebab lain yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seseorang pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh pengamanah yang baru dilantik di dalam mesyuarat agong.

16.       TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

16.1.    Di antara mesyuarat-mesyuarat agung, jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung undang-undang.

16.2     Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras denan dasar yang telah dibuat di dalam mesyuarat agung, keputusan jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah keputusan mesyuarat agung,

17.       PENASIHAT / PENAUNG

Jawatankuasa Kelab ini boleh jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Kelab ini.

18.       LARANGAN

18.1.    Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam Kelab; Roulette, Lotto, Fan Tah, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Koo, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, iga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, Banker’s Game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

18.2     Kelab atau ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959.

18.3     Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepaa ahli-ahli atau tidak, atas nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

18.4     Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberikan oleh Kelab kepada mana-mana ahli Kelab.

19.       PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung yang meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

20.       PEMBUBARAN

20.1     Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang menghadiri dan berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung atau mesyuarat agung khas kerananya.

20.2     Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung.

20.3     Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.