MURNInets

KLIK UNTUK Ke Laman Web Rasmi MURNInets

Apa Itu MURNInets ?
 

  • MURNInets merupakan singkatan kepada Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development).
  • MURNInets adalah satu sistem untuk mengukur dan menilai kemampanan sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui satu set penunjuk bandar yang telah ditetapkan.


Pembangunan dan Pelaksanaan Malaysian Urban Indicators Network (MURNInet)


Fasa 1 (Tahun 1998 – 2010)

  • Pada tahun 1998, PLANMalaysia telah memulakan kajian bagi pembentukkan penunjuk kemampanan bandar. Penunjuk kemampanan bandar yang pertama telah dihasilkan pada tahun 2002 dan ketika itu dikenali sebagai Malaysia Urban Indicators Network (MURNInet).
  • MURNInet merangkumi 11 sektor utama dan 56 penunjuk kemampanan bandar. Pengukuran kemampanan pada masa itu adalah dibuat secara manual (bertulis).
  • Pada tahun 2007, Anugerah Bandar Mampan mula diperkenalkan bagi memberi penghargaan kepada PBT yang mencapai tahap kemampanan. Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  • Sebanyak 47 PBT telah menyertai MURNInet dan 41 PBT yang dinilai pada tahun 2007.
  • Pada tahun 2009, usaha telah diambil untuk membolehkan PBT mengisi data kemampanan dalam perisian komputer. Ini adalah untuk memudahkan proses analisis tahap kemampanan di peringkat PBT dan negeri.
  • Pada tahun 2010, penunjuk ini telah dikurangkan daripada 56 penunjuk kepada 40, seiring dengan keperluan dasar-dasar semasa negara pada ketika itu.

 

Pembangunan dan Pelaksanaan Malaysian Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets)


Fasa 2 (Tahun 2011 – 2016)

 

  • Pada tahun 2011, PLANMalaysia telah menjalankan kajian semula MURNInet berdasarkan keperluan dasar di peringkat negera seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe10), Dasar Perbandaran Negara (DPN) dan Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN2). Kajian semula ini turut melibatkan ujilari yang diadakan pada tahun 2012 dengan penglibatan 4 PBT.
  • Hasil daripada kajian semula ini adalah penjenamaan semula MURNInet yang dikenali sebagai Malaysian Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets).
  •  MURNInets merangkumi 6 dimensi, 21 tema dan 36 penunjuk kemampanan bandar.
  • MURNInets telah menjadi satu sistem yang semakin diiktiraf apabila pada tahun 2012, Gerbang MURNInets telah dilancarkan dan menjadi satu alat yang dapat mengukur kemampanan bandar-bandar di Malaysia secara atas talian (online).
  • MURNInets telah menjadi program utama bukan hanya di peringkat jabatan malah di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta digunakan oleh Kementerian dan agensi lain yang berkaitan.
  • Sehingga 2016, sebanyak 103 PBT yang telah menyertai program MURNInets ini dan 100 PBT yang dinilai.


   
Pembangunan dan Pelaksanaan Malaysian Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets) 2.0

Fasa 3 (Tahun 2017 – Sehingga Kini)
 

  • Pada tahun 2017, PLANMalaysia telah menjalankan kajian dan ujilari yang disertai oleh 6 PBT, bagi penambahbaikkan dan pengukuhan terhadap MURNInets setelah dilaksanakan selama 5 tahun. Hasil kajian ini adalah Malaysian Urban-Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets 2.0) yang merangkumi 6 dimensi dan 22 tema serta 43 penunjuk, untuk mengukur tahap kemampanan bandar di Malaysia.


Objektif MURNInets 2.0

  • Menentukan kemampanan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara berdasarkan satu set penunjuk terpilih.
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pihak berkuasa tempatan berdasarkan penunjuk kemampanan tersebut.
  • Mencadangkan langkah-langkah penambahbaikkan dan mengenal pasti peluang-peluang untuk meningkatkan tahap kemampanan sesuatu kawasan.
  • Memastikan MURNInets 2.0 sebagai alat pengukuran utama untuk pihak berkuasa tempatan bagi memantau tahap kemampanan kawasan mereka.

KLIK UNTUK Ke Laman Web Rasmi MURNInets