Fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri
- Jumlah paparan: 8401
- Untuk menggalakkan dalam Negeri dalam rangka Dasar Negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri ; untuk mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan dalam Negeri.
- Untuk menasihati Kerajaan Negeri ; samada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri ; mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri ; dan
- Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, monograf dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.
- Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana PBPT yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
- Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam Subseksyen (4) dan melakukan perkara yang perlu atau sesuai dan bermanafaat bagi menjalankan fungsinya.
- Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini.
- Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi Penasihat Utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan sebagai Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa ; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah Subseksyen ini
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) @ STATE PLANNING COMMITTEE (SPC)
SPC merupakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh YAB. Ustaz Dato' Hj Ahmad bin Yakob (Dato' Bentara Kanan) Menteri Besar Negeri Kelantan. Ianya diadakan sebanyak 3 kali setahun dan ianya bermula pada tahun 1997 sehinggalah sekarang. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri disertai oleh 17 orang ahli-ahli tetap yang terdiri daripada:
BIL |
NAMA |
KEAHLIAN |
1 |
Menteri Besar Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan |
Pengerusi |
2 |
Timbalan Menteri Besar Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti |
Timbalan Pengerusi |
3 |
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan |
Ahli |
4 |
Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan |
Ahli |
5 |
Pegawai Kewangan Negeri Kelantan |
Ahli |
6 |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan,Pelaburan dan Pembangunan Usahawan |
Ahli |
7 |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan,Warisan dan Pelancongan |
Ahli |
8 |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,Pembangunan Keluarga dan Wanita |
Ahli |
9 |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar |
Ahli |
10 |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti |
Ahli |
11 |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan |
Ahli |
12 |
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan |
Ahli |
13 |
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan |
Ahli |
14 |
Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan |
Ahli |
15 |
Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan |
Ahli |
16 |
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan |
Ahli |
17 |
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan |
Ahli |
18 |
Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan
|
Ahli |
- Majlis Perbandaran Kota Bharu
- Majlis Daerah Bachok
- Majlis Daerah Gua Musang
- Majlis Daerah Ketereh
- Majlis Daerah Dabong
- Majlis Daerah Kuala Krai
- Majlis Daerah Machang
- Majlis Daerah Pasir Mas
- Majlis Daerah Pasir Puteh
- Majlis Daerah Tanah Merah
- Majlis Daerah Tumpat
- Majlis Daerah Jeli
Isu yang sering dibentangkan dalam mesyuarat adalah isu yang berkaitan dengan Akta-akta Perancangan, Garis Panduan, dan Rancangan Pemajuan.