Kebenaran Merancang
- Jumlah paparan: 9819
Apakah Kebenaran Merancang?
1 - Merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
2 - Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan.
3 - Tiada had keluasan tanah yang dikecualikan daripada kebenaran merancang, walaupun tanah tersebut kurang daripada 1 ekar.
MAKSUD KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT AKTA 172
- Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.
- Subseksyen 19(1) memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
- Pada amnya ? kebenaran merancang ? adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapat kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP)] dan seksyen 21B [Pelan Susunatur]
SIAPA YANG MEMBERIKAN KEBENARAN MERANCANG?
- Sesuatu kebenaran merancang diberi oleh PBPT bagi kawasan berkenaan
- Bagi kawasan dalam sesuatu majlis Perbandaran / majlis daerah / majlis tempatan, kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan, di bawah subseksyen 5(1).
- Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan olehJabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri yang merupakan PBPT bagi kawasan di luar PBT, di bawah subseksyen 5(2).
- Keputusan oleh PBT lazimnya dibuat oleh mesyuarat penuh majlis perbandaran atau daerah berkenaan.
DEFINISI PEMBANGUNAN ATAU PEMAJUAN
Subsyeksyen 2(1) Akta 172, mendefinisikan pembangunan atau pemajuan meliputi aktiviti-aktiviti berikut :
- Menjalankan kerja-kerja bangunan yang meliputi meruntuh, mendiri, mendirikan semula atau meluaskan sesuatu bangunan atau sebahagiannya.
- Menjalankan kerja-kerja kejuruteraan seperti membentuk dan meratakan tanah, penjajaran jalan keluar masuk, penjajaran kabel dan saluran bekalan air.
- Menjalankan kerja-kerja perlombongan dan perindustrian.
- Membuat sesuatu perubahan matan dalam penggunaan tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya.
- Memecah sempadan dan mencantum tanah.
PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
Subsyeksyen 22( 2 ) Akta 172 telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh PBPT sebelum menimbang atau membuat keputusan ke atas sesuatu permohonan kebenaran merancang. Antaranya adalah termasuk :
a.Peruntukan-peruntukan rancangan pemajuan yang telah diwartakan atau dalam penyediaan.
b.Arahan-arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri ( jika ada ).
c.Peruntukan-peruntukan Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993.
d.Laporan Cadangan Pemajuan.
e.Bantahan-bantahan Pemilik Tanah Berjiran yang dibuat di bawah Seksyen 21.
f.Permohonan yang perlu mendapat nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara ( MPFN )
g.Ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.