PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN TUMPAT 2035 (PENGGANTIAN)

Draf Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Tumpat 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Jajahan Tumpat untuk tempoh 15 tahun. lanya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12 (1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Jajahan Tumpat 2020.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (25 Januari — 25 Februari 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Jajahan Tumpat yang terkandung di dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian ke atas kandungan dokumen ini dan mengemukakan maklum balas, cadangan dan bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum 25 Februari 2023 melalui pautan link dibawah atau borang maklum balas yang boleh didapati di semua lokasi pameran.

KLIK PADA PAUTAN BAWAH

http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti/?p=1576

 

poster rtj tumpat

 

QR RTJ Tumpat 2023

SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH ATAU IMBAS KOD QR DIATAS

http://epublisiti.townplan.gov.my/publisiti/?p=1576