KAJI SELIDIK LAPORAN PEMANTAUAN DAN PUBLISITI AWAL DRAF RTJ GUA MUSANG 2040 (PENGGANTIAN)

Assamualaikum W.B.H. dan salam sejahtera,
YBhg. Dato’/YM/tuan/puan yang dihormati
Dimaklumkan bahawa Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dengan kerjasama Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan PLANMalaysia Negeri Kelantan sedang menjalankan kaji selidik awam berkaitan pelaksanaan Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Gua Musang, Kelantan 2040 (Penggantian).
Untuk memastikan penyediaan kajian Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang, Kelantan 2040 (Penggantian) disediakan secara komprehensif dan menyeluruh mengambil kira pandangan semua pihak, kami menyeru dan memohon kepada masyarakat umum khasnya penduduk Gua Musang untuk mengisi borang kaji selidik sebagaimana di PAUTAN: 
Segala kerjasama pihak YBhg. Dato’/YM/tuan/puan menjawab borang soal selidik ini adalah amat dihargai. Jom rancang bersama kami!!!
Sekian, terima kasih.
 
Pejabat Projek Zon Timur
MDGM
PLANMalaysia@Kelantan