26NOV2020 - Sambutan Hari Perancangan Bandar 2020 Peringkat Negeri Kelantan
- Jumlah paparan: 2749
26 NOVEMBER 2020, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2020 bagi peringkat Negeri Kelantan. Sambutan HPBS ini adalah untuk meraikan profesion Perancangan Bandar di seluruh dunia. Sambutan HPBS bermula dari cetusan idea
dan usaha Profesor Carlos Maria Della Paolera, seorang cendekiawan perancangan bandar terkenal dari Argentina yang menetapkan 8 November setiap tahun bermula tahun 1949 sebagai Hari Perancangan Bandar Sedunia. HPBS diraikan lebih 30 negara di seluruh dunia. PLANMalaysia juga telah menjadikan HPBS sebagai agenda tahunan semenjak tahun 1988 lagi.
HPBS pada tahun ini disambut dengan penuh sederhana di peringkat PLANMalaysia@Kelantan dengan pembudayaan norma baharu di Jabatan. YABrs Tuan Haji Hassan bin Yaakob, Pengarah PLANMalaysia@Kelantan telah merasmikan majlis tersebut dengan acara menggunting gegantung Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan sebagai gimik perasmian. Antara aktiviti yang dijalankan bagi HPBS pada kali ini ialah pertandingan penulisai esei & cabutan nombor bertuah kepada semua lapisan kakitangan. Selesai sahaja semua acara, majlis ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.