22DIS2020 - Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Akhir Tahun 2020

DSC 0275

 

22 DISEMBER 2020, telah berlansungnya Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat Akhir Tahun 2020 bertempat di perkarangan pejabat di Aras Satu PLANMalaysia@Kelantan. Bacaan Yassin diketuai sendiri oleh YABrs Pengarah PLANMalaysia@Kelantan, TPr Tuan Haji Hassan bin Yaakob. Usai sahaja majlis bacaan Yassin dan Doa Selamat, TPr Tuan Pengarah telah menyampaikan amanat yang cukup padat dengan ilmiah kepada lapisan kakitangan PLANMalaysia@Kelantan. 

Antara intipati amanat TPr Tuan Pengarah adalah berkenaan perlaksanaan pembudayaan prinsip Ubidiyyah, Mas'ulliyyah, dan Itqan (UMI) dalam kalangan lapisan kakitangan Jabatan. UMI merupakan satu konsep Islamisasi daripada Kerajaan Negeri Kelantan melalui dasar "Membangun Bersama Islam". Antara lain juga, TPr Tuan Pengarah menasihatkan lapisan kakitangan yang layak supaya membayar zakat harta. Zakat harta semenangnya wajib ditunaikan oleh masyarakat yang layak dan berkemampuan. Tiada pihak ketiga dalam kitaran bayaran zakat sama ada pembayar zakat atau penerima zakat sahaja. Selesai sahaja amanat akhir tahun TPr. Tuan Pengarah, majlis ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.

zzz