PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM CADANGAN PENGUBAHAN RANCANGAN PEMAJUAN DI NEGERI KELANTAN (2)
- Jumlah paparan: 2132
KLIK DISINI UNTUK DRAF LAPORAN & BORANG BANTAHAN AWAM
PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM CADANGAN PENGUBAHAN RANCANGAN PEMAJUAN DI NEGERI KELANTAN
(RANCANGAN STRUKTUR, RANCANGAN TEMPATAN & RANCANGAN KAWASAN KHAS)
SELARAS DENGAN SUBSEKSYEN 11B (3) DAN SUBSEKYEN 13(2) AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]
Cadangan Pengubahan Rancangan Pemajuan Di Negeri Kelantan Telah Dibentangkan Dan Diluluskan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang (JPN) Kelantan Kali Ke-85 (Bil. 2/2022, 7 Ogos 2022)
Laporan ini disediakan berdasarkan keperluan untuk melaksanakan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan bagi Kali ke 22/2020 yang bersidang pada 21 Oktober 2020 yang telah memutuskan supaya Kawasan Hutan Simpan Kekal kecuali kawasan punca air / tadahan air tidak lagi diklasifikasikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di Negeri Kelantan. Seterusnya Cadangan pengubahan ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeru (JPN) Kelantan Kali ke – 85 (Bil 2/2022) yang bersidang pada 07 Ogos 2022.
Sehubungan itu, PROGRAM PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM CADANGAN PENGUBAHAN RANCANGAN PEMAJUAN DI NEGERI KELANTAN INI akan bermula pada 11 OKTOBER 2023 SEHINGGA 11 NOVEMBER 2023