Pembudayaan Prinsip UMI: Amalan Memberi Salam
- Jumlah paparan: 4011
PEMBUDAYAAN PRINSIP UMI
AMALAN MEMBERI SALAM
Islam sangat menggalakkan umatnya mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti menghormati sesama manusia serta bergaul baik dalam semua keadaan kerana dengan berbuat demikian dapat melahirkan masyarakat yang maju dan bahagia.
Antara amalan yang sangat dituntut oleh Islam ialah memberi sedekah kepada orang susah dan memerlukan pertolongan, menjamu orang yang dikenali dan tidak dikenali kerana ia boleh mengeratkan hubungan dan menunjukkan sifat kemurahan.
Amalan memberi salam amat digalakkan oleh Islam dan perbuatan tersebut dikira ibadat yang setaraf dengan sedekah.
Memberi salam adalah sunat kifayah manakala menjawab salam adalah fardhu kifayah bagi kumpulan dan fardhu ain bagi individu.
Sumber:
http://www.islam.gov.my