Kebolehcapaian W3C

Skip to main content

1. NAMA:

Nama Pertubuhan ini ialah :-

“ KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KELANTAN “ dan selepas ini disebut “KELAB” sahaja.

2. ALAMAT BERDAFTAR DAN ALAMAT SURAT MENYURAT

 Alamat Berdaftar dan Alamat Surat Menyurat,mesyuarat kelab ini :-

Jabatan Perancang Bandar dan Desa,

Blok 6,Tingkat Atas,

Kota Darulnaim,

15646 Kota Bharu,

Kelantan.

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari masa ke semasa oleh jawatankuasa. Alamat berdaftar dan alamat surat menyurat kelab ini tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3. DEFINASI

Dalam undang-undang ini :- 

3.1. KELAB

            Kelab ini ialah KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI KELANTAN. 

            3.2. JAWATANKUASA KERJA

            Jawatankuasa kerja ialah ahli-ahli di lantik mengikut undang-undang 10 dalam undang-undang dan perlembagaan.

            3.3. PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

            Pegawai yang bertanggungjawab ialah Yang Di Pertua,Naib Yang Dipertua Setiausaha dan Bendahari.

            3.4. AHLI

            Ahli ialah semua kelab ini.

4.         OBJEKTIF

Objektif Kelab ini ialah :-

4.1       Untuk memupuk perasaan harmoni,muhibbah,persefahaman dan tali persahabatan di kalangan semua ahli menenusi kegiatan-kegiatan Sukan,Kebajikan dan Rekreasi.

4.2       Untuk mengelolakan pelbagai pertandingan Sukan samada di  peringkat  kebangsaan,di antara Jabatan-Jabatan mahu pun di antara ahli dalam kelab itu sendiri.

4.3       Untuk menyertai pertandingan dan Kegiatan sukan di bawah kelolaan lain-lian jabatan atau pun agensi.

4.4       Untuk mengelolakan kegiatan-kegiatan sosial,riadah dan rekreasi samada didalam atau diluar Negeri Kelantan.

4.5       Kelab boleh memiliki harta tetap dan tidak tetap serta menjalan perniagaan untuk menjalankan objektif kelab.

4.6     Semua wang dan keutungan yang didapati oleh kelab ini hasil dari penyertaanya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan,memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab ini,dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keutungan itu akan  digunakan untuk membayar faedah keuntungan  itu atau bonus kepada sebarang ahli kelab.Sungguhpun begitu,peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan begitu baik,untuk menbayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab ini.

  • Hits: 84