Rancangan Kawasan Khas (RKK) Negeri Kelantan
Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan satu rancangan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. RKK merupakan satu pelan cadangan yang lebih terperinci berbanding Rancangan Tempatan Jajahan (RTJ) yang lebih mirip kepada ‘Action Plan Area’.
Penyediaan RKK ini adalah bertujuan untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi, untuk memulihara atau juga untuk tujuan pengurusan sesebuah kawasan. Rancangan Kawasan Khas (RKK) mengandungi cadangan dan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh PBN / PBT bagi tujuan :
- Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan;
- Pemajuan semula;
- Pengelokan;
- Pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu; dan
- Jenis pengolahan yang dicadangakan
Pindaan terbaru Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 iaitu Akta A 1129 telah memperuntukkan keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dinyatakan di seksyen 16B(1)(2)(3). Rancangan ini merupakan rancangan terperinci yang bercorak tempatan yang disediakan khusus untuk kawasan yang mempunyai kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
Penyediaan RKK ini juga membolehkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan bagi tujuan sama ada untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi atau memelihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan. Tambahan pula, RKK juga mempunyai kuatkuasa seperti mana Rancangan Tempatan.
Fungsi Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah:
- Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan;
- Sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Hits: 22