Rancangan Tempatan (RT) Negeri Kelantan
Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.
RTD disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) serta dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadnagan-cadangan am yang terkandung di dalam RSN.
RTD menunjukkan secara berskala besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.
Fungsi Rancangan Tempatan Jajahan adalah:
- Menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Struktur Negeri;
- Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi jajahan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan melalui peta cadangan gunatanah;
- Menyediakan garis panduan bagi kawasan pembangunan;
- Mengenalpasti projek utama jajahan; dan
- Menyediakan garis panduan pelaksanaan.
- Hits: 32