Pengenalan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

Jawatankuasa Perancang Negeri atau State Planning Committee (SPC) memainkan peranan penting dalam perancangan dan pembangunan Negeri Kelantan.

Peranan JPN/SPC

Tugas dan tanggungjawab JPN telah dihuraikan di beberapa bahagian dan seksyen Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Tugas-tugas utama ini diperincikan di bahagian II, Seksyen 4 (A-C) iaitu:

  • Menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam negeri dalam bidang dasar negara.
  • Mengatur, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan semula tanah di dalam negeri.
  • Menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah.
  • Mengusahakan dan membantu pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.

Fungsi JPN/SPC

Antara fungsi utama Jawatankuasa Perancang Negeri termasuklah:

  • Mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan dalam Negeri.
  • Memberikan arahan kepada mana-mana Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang selaras dengan peruntukan Akta.
  • Melaksanakan fungsi bersampingan dan melakukan perkara yang perlu bagi menjalankan tugasnya.
  • Mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan bagi maksud menjalankan fungsinya.
Ketahui Lebih Lanjut Mengenai PLANMalaysia Kelantan

Sila layari portal rasmi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Negeri Kelantan untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai jabatan, direktori kakitangan, dan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Laman Web Rasmi Jabatan