Fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri
- Jumlah paparan: 1133
- Untuk menggalakkan dalam Negeri dalam rangka Dasar Negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri ; untuk mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan dalam Negeri.
- Untuk menasihati Kerajaan Negeri ; samada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri ; mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri ; dan
- Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, monograf dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.
- Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana PBPT yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
- Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam Subseksyen (4) dan melakukan perkara yang perlu atau sesuai dan bermanafaat bagi menjalankan fungsinya.
- Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini.
- Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi Penasihat Utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan sebagai Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa ; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah Subseksyen ini
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) @ STATE PLANNING COMMITTEE (SPC)
SPC merupakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh YAB. Ustaz Dato' Hj Ahmad bin Yakob (Dato' Bentara Kanan). Ianya diadakan sebanyak 4 kali setahun dan ianya bermula pada tahun 1997 sehinggalah sekarang. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri disertai oleh 17 orang ahli-ahli tetap yang terdiri daripada YAB,YB Dato,YBhg.,YB,YABrs.Ahli-ahli majlis yang turut hadir adalah terdiri daripada Yang Dipertua Majlis-Majlis Daerah iaitu :
- Majlis Perbandaran Kota Bharu
- Majlis Daerah Bachok
- Majlis Daerah Gua Musang
- Majlis Daerah Ketereh
- Majlis Daerah Dabong
- Majlis Daerah Kuala Krai
- Majlis Daerah Machang
- Majlis Daerah Pasir Mas
- Majlis Daerah Pasir Puteh
- Majlis Daerah Tanah Merah
- Majlis Daerah Tumpat
- Majlis Daerah Jeli
Isu yang sering dibentangkan dalam mesyuarat adalah isu yang berkaitan dengan Akta-akta Perancangan, Garis Panduan, dan Rancangan Pemajuan.