Kebolehcapaian W3C

Skip to main content

[16 NOVEMBER 2025] MAJLIS SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025. “REVITALISASI BANDAR: AGENDA PERANCANGAN UNTUK UMMAH”

Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 16 November 2025 bertempat di Dewan Puteri Saadong, Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Majlis ini menekankan komitmen negeri dalam membangunkan bandar yang lebih mampan, lestari dan berdaya huni dengan bertemakan “Revitalisasi Bandar: Agenda Perancangan Untuk Ummah”.

Majlis kali ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudeen Al Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang, Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Negeri Kelantan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ybhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), barisan Exco Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, jabatan/agensi/badan berkanun negeri dan persekutuan serta pengamal-pengamal media.

Antara pengisian majlis sambutan pada kali ini adalah :

1. Penyerahan Laporan Brief Projek, Pelan Tindakan Khas dan Laporan Cadangan Projek Rancangan Kawasan Khas (RKK),

2

2. Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek,

3

4

6

7

8

3. Penyampaian Agihan Bayaran Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan (ISF) kepada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan,

9

4. Penyampaian Anugerah-anugerah;

i. Anugerah Bandar Mampan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025

10

ii. Anugerah Bandar Paling Bahagia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025

23

iii. Anugerah Bandar Paling Mampan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025, dan

24

iv. Anugerah Khas Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2025.

25

Majlis ini diharapkan dapat memperkukuh komitmen semua pihak dalam usaha membangunkan bandar yang lebih berdaya huni, berkualiti dan mampan. Melalui kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa tempatan, jabatan/agensi/badan berkanun negeri dan persekutuan, agenda “Revitalisasi Bandar: Perancangan untuk Ummah” diyakini mampu direalisasikan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Kelantan pada masa hadapan.

 

  • Hits: 16
Berita dan Pengumumam