Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan)

Klik Untuk Ke Laman Rasmi I-PLan

APA ITU I-PLAN?

I-Plan dibangunkan untuk menyimpan, mengurus, mengemaskini, menganalisis dan membekalkan maklumat dan data gunatanah Semenanjung Malaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahcara pengurusan maklumat gunatanah perancangan melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah perancangan secara atas talian. Ianya mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, seamless dan yang sentiasa dikemaskini untuk memudahkan perkongsian antara agensi melalui capaian secara atas talian.

I-Plan dibangunkan berasaskan ciri-ciri pembangunan aplikasi yang interaktif, responsif dan mesra pengguna. 

I-Plan membolehkan pengguna untuk membuat carian secara interaktif dan melakukan analisis mudah spatial. Disamping itu, 

I-Plan turut menyediakan pelbagai fungsi lain seperti paparan maklumat statistik, peta, carta atau grafik. Ia juga mempunyai pautan kepada aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan geospatial.

KEPERLUAN I-PLAN

I-Plan adalah satu initiatif pembangunan sistem yang komprehensif melibatkan kolaborasi secara menegak antara JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Disamping itu, ia juga akan melibatkan perkongsian dan kolaborasi secara mendatar antara agensi di setiap peringkat.

Maklumat gunatanah amat penting bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (JPBDSM) selaras dengan peranan agensi yang bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah serta bertanggungjawab untuk membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, bagi memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan sistem maklumat yang berkualiti untuk keperluan perancangan jangka panjang, satu (1) Sistem Maklumat Perancangan Bersepadu (I-Plan) telah dicadangkan oleh JPBDSM. Sistem ini dicadangkan untuk menyediakan satu platform pangkalan data yang komprehensif dan bersepadu bagi membolehkan kerja-kerja pengumpulan, pemantauan, verifikasi, integrasi dan perkongsian data antara agensi dilakukan secara atas talian. Perkongsian matlumat secara vertical antara agensi ini akan memudahkan kerja-kerja pengemaskinian dan aksesibiliti kepada maklumat gunatanah, dan seterusnya memudahkan perkongsian maklumat secara horizontal di antara agensi.

Sebanyak sebelas (11) JPBD Negeri terlibat dalam mengumpulkan maklumat gunatanah dari semua PBT yang berada di bawah tanggungjawabnya. Manakala sejumlah sembilan puluh lapan (98) PBT akan berperanan sebagai pembekal data yang bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat gunatanah yang dikemaskini ke JPBD Negeri masing-masing.

 

Klik Untuk Ke Laman Rasmi I-PLan

 

© 2019 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan (PLANMalaysia@Kelantan)