Rancangan Fizikal Negara

PENGENALAN

Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara. Bagi memastikan kesesuaian dan perubahan dengan keperluan semasa, Sub-Seksyen 6B (4) Akta 172 menetapkan keperluan RFN untuk dikaji semula setiap lima tahun selaras dengan Kajian Semula Rancangan Malaysia LimaTahun, atau apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

RFN Ke-3 mengambil pendekatan tidak membentuk dasar-dasar perancangan spatial baharu, setelah 10 tahun pelaksanaan RFN yang melalui dua (2) kali proses kajian semula. Sebaliknya, dasar-dasar sedia ada diperkemas dan diperincikan dalam bentuk hala tuju strategik dan strategi serta tindakan pelaksanaan bagi memantapkan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada. Di samping itu, dasar-dasar sektoral dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, alam sekitar dan sosial turut diterapkan dalam cadangan hala tuju strategik RFN Ke-3.

Penekanan hubung kait aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar sebagai komponen utama pembangunan mampan dalam satu ekosistem yang lengkap memperlihatkan fokus RFN Ke-3 kepada tiga (3) teras utama iaitu Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar, Kemampanan Spatial dan Daya Tahan Terhadap Perubahan Iklim dan Pembangunan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni.

Sehubungan dengan itu, RFN Ke-3 menekankan kepada pembangunan dan perancangan yang mampan sebagai prinsip utama dalam mencapai sebuah negara yang berdaya tahan dan berdaya huni pada tahun 2040.  Perancangan fizikal dan spatial akan menjurus kepada keterangkuman fokus utama iaitu Pertumbuhan (Growth), DayaTahan (Resiliency), Daya Huni (Liveability) dan Kemampanan (Sustainability).

 

MATLAMAT

Membentuk Negara yang Berdaya Tahan dan Berdaya Huni

 

TERAS

Mengandungi 3 (tiga) teras dan mempunyai hala tuju-hala tuju strategik seperti berikut:-

 

Teras 1 (PD) : Pertumbuhan Dinamik Bandar dan Luar Bandar

PD 1 - Pertumbuhan Bandar yang Seimbang

PD 2 - Pembangunan Luar Bandar yang Bersepadu

PD 3 – Hubungan dan Akses yang Dipertingkatkan

 

Teras 2 (KD) : Kemampanan Spatial dan Daya Tahan terhadap Perubahan Iklim

KD 1 – Pengurusan Mampan Sumber Asli, Sumber Makanan dan Sumber Warisan

KD 2  - Perancangan Guna Tanah Holistik

KD 3  - Bandar Rendah Karbon dan Infrastruktur Mampan

 

Teras 3 (KI) : Pembentukan Komuniti Inklusif dan Berdaya Huni

KI  1 – Persekitaran Kehidupan Lengkap dan Berkualiti

KI  2 – Persekitaran Komuniti Berdaya Huni

KI  3 – Keterlibatan dan Kolaborasi Komuniti

mygov
kwp
hq
mampu
suk
hrmis
Ubah Bahasa
ms MS zh-CN ZH-CN en EN hi HI th TH
(PLANMalaysia@Kelantan)
Blok 6, Aras Atas, Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7481957
Samb
6107 (Bahagian Pentadbiran)
Samb
6020 (Bahagian Teknikal)
Fax : 
09-7444454
Email :
jpbd[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Hak Cipta Terpelihara 2020
Tarikh Kemaskini
KHAMIS | 05 DISEMBER 2019 | 08:59:45
© 2020 PLANMalaysia@Kelantan : Perancangan Melangkaui Kelaziman