Kebenaran Merancang

Apakah Kebenaran Merancang?

  1 - Merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

  2 - Kebenaran merancang adalah kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan diteruskan.

  3 - Tiada had keluasan tanah yang dikecualikan daripada kebenaran merancang, walaupun tanah tersebut kurang daripada 1 ekar.

MAKSUD KEBENARAN MERANCANG MENGIKUT AKTA 172

  • Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Mentafsirkan kebenaran merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.
  • Subseksyen 19(1)  memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
  • Pada amnya ? kebenaran merancang ? adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapat kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan ( LCP)] dan seksyen 21B [Pelan Susunatur]

 

SIAPA YANG MEMBERIKAN KEBENARAN MERANCANG?

  • Sesuatu kebenaran merancang diberi oleh PBPT bagi kawasan berkenaan
  • Bagi kawasan dalam sesuatu majlis Perbandaran / majlis daerah / majlis tempatan, kebenaran merancang dikeluarkan oleh PBT berkenaan yang merupakan PBPT kawasan berkenaan, di bawah subseksyen 5(1).
  • Bagi kawasan di luar sesebuah PBT, kebenaran merancang dikendalikan olehJabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri yang merupakan PBPT bagi kawasan di luar PBT,  di bawah subseksyen 5(2).
  • Keputusan oleh PBT lazimnya dibuat oleh mesyuarat penuh majlis perbandaran atau daerah berkenaan.

DEFINISI PEMBANGUNAN ATAU PEMAJUAN 

Subsyeksyen 2(1) Akta 172, mendefinisikan pembangunan  atau pemajuan meliputi aktiviti-aktiviti berikut :

  • Menjalankan kerja-kerja bangunan yang meliputi meruntuh, mendiri, mendirikan semula atau meluaskan sesuatu bangunan atau sebahagiannya.
  • Menjalankan kerja-kerja kejuruteraan seperti membentuk dan meratakan tanah, penjajaran jalan keluar masuk, penjajaran kabel dan saluran bekalan air.
  • Menjalankan kerja-kerja perlombongan dan perindustrian.
  • Membuat sesuatu perubahan matan dalam penggunaan tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya.
  • Memecah sempadan dan mencantum tanah.

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM MEMPERTIMBANGKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

Subsyeksyen 22( 2 ) Akta 172 telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh PBPT sebelum menimbang atau membuat keputusan ke atas sesuatu permohonan kebenaran merancang. Antaranya adalah termasuk :

a.Peruntukan-peruntukan rancangan pemajuan yang telah diwartakan atau dalam penyediaan.

b.Arahan-arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri ( jika ada ).

c.Peruntukan-peruntukan Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993.

d.Laporan Cadangan Pemajuan.

e.Bantahan-bantahan Pemilik Tanah Berjiran yang dibuat di bawah Seksyen 21.

f.Permohonan yang perlu mendapat nasihat Majlis Perancang Fizikal Negara ( MPFN )

g.Ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

mygov
kwp
hq
mampu
suk
hrmis
Ubah Bahasa
ms MS zh-CN ZH-CN en EN hi HI th TH
(PLANMalaysia@Kelantan)
Blok 6, Aras Atas, Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7481957
Samb
6107 (Bahagian Pentadbiran)
Samb
6020 (Bahagian Teknikal)
Fax : 
09-7444454
Email :
jpbd[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Hak Cipta Terpelihara 2020
Tarikh Kemaskini
KHAMIS | 05 DISEMBER 2019 | 08:59:45
© 2020 PLANMalaysia@Kelantan : Perancangan Melangkaui Kelaziman