Fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri

  • Untuk menggalakkan dalam Negeri dalam rangka Dasar Negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri ; untuk mengawal selia, merancang dan menyelaras semua aktiviti pemajuan dalam Negeri. 
  • Untuk menasihati Kerajaan Negeri ; samada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri ; mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri ; dan
  • Untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyelenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin, monograf dan penyiaran lain yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.
  • Jawatankuasa boleh dari masa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana PBPT yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan PBPT hendaklah menguatkuasakan arahan itu.
  • Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam Subseksyen (4) dan melakukan perkara yang perlu atau sesuai dan bermanafaat  bagi menjalankan fungsinya.
  • Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi di bawah Akta ini.
  • Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi Penasihat Utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan sebagai Setiausaha Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa ; dan dalam atau bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah Subseksyen ini 

 

 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) @ STATE PLANNING COMMITTEE (SPC)

 

SPC merupakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh YAB. Ustaz Dato' Hj Ahmad bin Yakob (Dato' Bentara Kanan). Ianya diadakan sebanyak 4 kali setahun dan ianya  bermula pada tahun 1997 sehinggalah sekarang. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri disertai  oleh 17 orang ahli-ahli tetap yang terdiri daripada YAB,YB Dato,YBhg.,YB,YABrs.Ahli-ahli majlis yang turut hadir adalah terdiri daripada Yang Dipertua Majlis-Majlis Daerah iaitu :

  1. Majlis Perbandaran Kota Bharu
  2. Majlis Daerah Bachok
  3. Majlis Daerah Gua Musang
  4. Majlis Daerah Ketereh
  5. Majlis Daerah Dabong
  6. Majlis Daerah Kuala Krai
  7. Majlis Daerah Machang
  8. Majlis Daerah Pasir Mas
  9. Majlis Daerah Pasir Puteh
  10. Majlis Daerah Tanah Merah
  11. Majlis Daerah Tumpat
  12. Majlis Daerah Jeli

Isu yang sering dibentangkan dalam mesyuarat adalah isu yang berkaitan dengan Akta-akta Perancangan, Garis Panduan, dan Rancangan Pemajuan. 

mygov
kwp
hq
mampu
suk
hrmis
Ubah Bahasa
ms MS zh-CN ZH-CN en EN hi HI th TH
(PLANMalaysia@Kelantan)
Blok 6, Aras Atas, Kota Darulnaim
15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7481957
Samb
6107 (Bahagian Pentadbiran)
Samb
6020 (Bahagian Teknikal)
Fax : 
09-7444454
Email :
jpbd[at]kelantan[dot]gov[dot]my
Hak Cipta Terpelihara 2020
Tarikh Kemaskini
KHAMIS | 05 DISEMBER 2019 | 08:59:45
© 2020 PLANMalaysia@Kelantan : Perancangan Melangkaui Kelaziman