Perutusan Pengarah

Image



TPr. Haji Hassan bin Yaakob

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan
pengarahjpbd[at]kelantan.gov.my


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…


Bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan keizinanNya Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan dapat mewujudkan laman webnya sendiri untuk memberi kemudahan kepada para pengungjungnya.


Laman web ini merupakan saluran komunikasi yang boleh di akses dengan mudah dan cepat oleh masyarakat terutamanya yang berurusan dengan kes- kes di jabatan ini selaras dengan objektif dan piagam pelanggan jabatan ini. Di samping itu ianya juga dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan.


Saya ucapkan “selamat datang” ke laman web ini. Semoga mendapat sedikit sebanyak manafaat dan maklumat berguna daripadanya.


Jabatan ini mengalu- alukan sebarang respon dan pandangan yang membina daripada pengunjung-pengunjung laman web ini demi kebaikan semua pihak yang berurusan dengannya.

Sekian, Terima kasih.

© 2019 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan (PLANMalaysia@Kelantan)