Soalan Lazim (FAQ)

APAKAH DEFINISI PERANCANGAN BANDAR ?

Perancangan Bandar dikenali sebagai Perancangan Fizikal atau Perancangan Kegunaan Tanah. Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, social dan ekonomi kawasan-kawasan Bandar dan juga luar bandar.

 

SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MERANCANG BANDAR ?

Di Semenanjung Malaysia, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sama-sama bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa, di mana Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar-dasar perancangan negara kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa Kerajaan. Manakala Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri masing-masing di samping mengawal pembangunan.

 

APAKAH AKIBAT PEMBANGUNAN TANPA PERANCANGAN ?

Bandar dan desa akan tumbuh dengan tidak terkawal menyebabkan kegunaan tanah tidak optimum dan berlakunya percanggahan fungsi gunatanah. Maka dengan itu, wujudlah satu persekitaran masyarakat yang tidak selesa dan harmoni.

 

APAKAH DEFINISI RANCANGAN STRUKTUR ?

Merupakan satu penyertaan bertulis yang mengemukakan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar dari segi fizikal, perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.

 

APAKAH DEFINISI RANCANGAN TEMPATAN ?

Merupakan suatu pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Ia menunjukkan secara bersekil besar tatatur pembangunan bagi suatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

 

APAKAH DEFINISI RANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAH/JAJAHAN ?

Merupakan satu dokumen yang mengandungi strategi-strategi dan cadangan-cadangan pembangunan daerah/jajahan termasuk program dan projek yang dikenalpasti.

 

APAKAH DEFINISI LAPORAN RANCANGAN PEMAJUAN (LCP) ?

Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan Seksyen 21A, Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan)1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukakan.

 

SIAPAKAH PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN ?

Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah pihak berkuasa yang ditubuhkan bawah undang-undang termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Subseksyen 5(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan kuasa kepada PBT untuk menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT). Ini bermaksud mana-mana PBT seperti majlis daerah, majlis perbandaran, majlis atau dewan bandaraya atau mana-mana perkataan lain yang bermaksud ia sebagai PBT adalah PBPT dalam kawasan pantadbirannya. Subseksyen 5(2) memperuntukkan bagi kawasan diluar sesebuah PBT, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri ialah PBPT bagi kawasan tersebut.

 

APAKAH PERANAN AWAM DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PEMAJUAN ?

Penyertaan Awam merupakan satu proses yang penting dalam perancangan bagi memastikan rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur (RS) dan Rancangan Tempatan (RT) dapat memenuhi hasrat dan pandangan masyarakat umum.

 

APAKAH LEMBAGA RAYUAN ?

Lembaga Rayuan berfungsi untuk memberikan peluang kepada seseorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) untuk pertimbangan semula keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan.

 

APAKAH FUNGSI KEBENARAN MERANCANG ?

Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu kebenaran merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja pembangunan. Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu kebenaran merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan  dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan mnjalankan kerja-kerja pembangunan.

 

SIAPAKAH YANG MEMBEKAL KEBENARAN MERANCANG?

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah yang memberi kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh permohon.

 

APAKAH KESAN JIKA PEMBANGUNAN DIJALANKAN TANPA MEMATUHI KEBENARAN MERANCANG?

Ia merupakan kesalahan mandatori dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 500,000,00 atau penjara  dua (2) tahun atau kedua-keduanya sekali. Denda akan dikenakan sehingga  RM 5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

© 2019 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan (PLANMalaysia@Kelantan)